░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/3/14

Anak Muda Melayu Mati Dalam Lumba Haram


JOHOR BAHRU 31 Ogos - Dua sahabat maut manakala dua lagi rakan mereka parah setelah kereta dinaiki mereka terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke bandar raya ini awal pagi ini, dipercayai akibat terlibat perlumbaan haram.

Kedua-duanya yang masih belum dikenal pasti identitinya iaitu pemandu kereta Mitsubishi Evolution yang berusia 25 tahun dan penumpang hadapan, berusia 18 tahun mati di tempat kejadian pada pukul 2.10 pagi.

Dua lagi penumpang kereta berkenaan yang berusia 16 dan 18 tahun cedera parah manakala pemandu sebuah lagi kereta jenis sama cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta ber- kenaan berwarna biru yang dinaiki empat sahabat itu berlumba dengan sebuah lagi kereta berwarna kuning yang dipandu seorang lelaki.

"Kedua-dua disyaki berlumba dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Bahru sebelum kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar kereta berwarna kuning itu dan sebuah lagi kereta Proton Waja yang berada di lorong kiri dari arah sama, pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat manakala dua yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut. 

"Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan. Polis juga menasihati pengguna jalan raya supaya menghindari perbuatan 'menduga kelajuan' bagi mengelak kejadian buruk," katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com