░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/7/14

Ambil Makanan 200 Ribu Lesap



Kajang: Tindakan cuai seorang usahawan wanita menyimpan wang berjumlah RM200,000 di bawah tempat duduk kereta dinaiki mengundang padah apabila wang itu dilarikan penjenayah.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, kelmarin, mangsa yang berusia 41 tahun dikatakan meninggalkan kereta bersama beg berisi wang di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Semenyih, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa kemudian pergi menjamu selera di sebuah kedai makan berhampiran.

“Mangsa yang sedang mengambil makanan bagaimanapun melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri menaiki sebuah kereta model Perodua Viva berwarna hitam.

“Mangsa mendakwa hanya melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri menaiki sebuah kereta lain yang diletakkan berhampiran keretanya,” katanya.  Menurutnya, polis percaya kemungkinan terdapat seorang lagi suspek yang menunggu di dalam kereta itu.

“Difahamkan mangsa baru sahaja mengeluarkan wang tunai berkenaan di sebuah bank di bandar ini untuk membayar gaji pekerjanya.

“Polis masih menjalankan siasatan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta rakaman CCTV di plaza tol dipercayai dilalui kenderaan suspek,” katanya.  Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com