░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/7/14

Alasan Miskin Sanggup Edar Dadah


Gambar hiasan

Raub: Kemiskinan hidup dipercayai menjadi punca seorang lelaki sanggup menjadi pengedar dadah dengan menjadikan rumahnya sebagai markas untuk membungkus bahan terlarang itu di Kampung Gali Tengah, dekat sini, sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila rumah itu diserbu pada jam 3 petang, kelmarin, menyebabkan lelaki berusia 40 tahun berkenaan ditahan ketika membungkus dadah jenis heroin dan syabu.

  Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, serbuan itu diketuai Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Inspektor Ray Erindra Raj bersama anggotanya selepas menerima maklumat awam.

“Ketika serbuan dilakukan, pengedar itu yang terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis tidak sempat meloloskan diri sebelum polis menjalankan pemeriksaan di dalam rumahnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

  Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis menemui dadah jenis syabu dan heroin sebelum lelaki itu bersama bahan terlarang berkenaan dibawa ke IPD Raub untuk siasatan lanjut.

  Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua bahan terlarang yang dirampas itu dianggarkan lebih 30 gram dan bernilai lebih RM2,000.

  Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan turut mendapati pengedar itu dipercayai membawa masuk syabu dan heroin berkenaan selepas mendapatkan bekalan melalui satu sindiket pengedaran dadah dari negeri jiran.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil daripada kegiatan haram dilakukan sejak tiga bulan lalu.“Suspek mengakui terpaksa menjadi pengedar kerana kemiskinan hidup selain tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com