░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/5/14

Abu Mendiang Juruterbang Akan Disemadikan Khamis Depan



SEREMBAN: Pemergian juruterbang pesawat MH17, Kapten Eugene Choo Jin Leong amat dirasai rakan sejawat dan sahabat handai khususnya kumpulan bermotosikal berkuasa besar.

Nor Azlan Md Nor berkata, dia bersama mendiang mula menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) pada penghujung tahun 1990 dan dianggap sebagai rakan karib sejak belajar bersama di sekolah penerbangan.

Nor Azlan turut menyifatkan mendiang seorang yang dedikasi terhadap tugasnya dan seorang yang berani serta berjiwa besar.

Mereka juga berkongsi minat yang sama iaitu menunggang motosikal berkuasa besar.

“Penghujung tahun 1990 semasa di sekolah penerbangan, saya anggap mendiang sebagai kawan yang sentiasa menghormati kawan-kawan yang lain dan dari segi tugas dia seorang berdedikasi dan sentiasa mementingkan keselamatan serta seorang yang perfectionist,” ulas Nor Azlan.

Terdahulu, abu mendiang dibawa ke kediamannya di Seri Carcosa, Seremban 2 pada pukul 10.20 pagi tadi dengan disambut penuh istiadat.

Mendiang disemadikan di Nirvana Nilai Memorial Park pada Khamis ini.

Sementara itu, rakan mendiang, Azri Shahlah berkata, hubungan bersama anggota kumpulan kelab motosikal Bike Zon Seremban 2 bagaikan seperti adik-beradik biarpun berlainan bangsa dan agama.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com