░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

5/26/14

Ustaz Gila Seks

Seorang ustaz dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan merangsang murid tahfiz melakukan kelucahan melampau di sebuah madrasah di Umbai, awal bulan ini.

Tertuduh, Ashraf Hafizie Mohammad, 20, dari Dungun Terengganu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Berdasarkan pertuduhan, Ashraf Hafizie didakwa merangsang seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun, satu bulan melakukan kelucahan melampau di Madrasah Baitul Rahman di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin kira-kira 6.30 petang pada awal Mei.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof  membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh yang merupakan tenaga kerja di madrasah berkenaan.

“Namun sekiranya jaminan dibenarkan mahkamah, saya meminta tertuduh dijamin jumlah tinggi dengan syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh merayu diberikan jaminan terhadapnya kerana perlu bekerja untuk menanggung ibu bapa selain adik-adik yang masih bersekolah.

“Saya minta jaminan dibenarkan sebab saya orang susah, tanggung adik-adik sekolah, mak dan ayah selain mak juga tak berapa sihat,” katanya.

Selepas mendengar rayuan itu, Siti Suriatey membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan syarat tidak dibenarkan mendekati mangsa dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Jun depan bagi lantikan peguam.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com