[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Rezeki Terjejas: Ikan Bandaraya



Khalid menunjukkan ikan bandaraya yang banyak membiak dalam terusan dan tali air

KUALA KURAU - Penduduk lima kampung di sini merungut apabila jaring dan pukat digunakan untuk menangkap ikan di terusan sering koyak disebabkan ikan bandaraya atau dikenali juga sebagai ikan cuci cermin yang didakwa semakin banyak membiak di situ.

Difahamkan, setiap kali musim menangkap ikan sungai, penduduk kampung terbabit akan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjala dan menjaring ikan di kawasan terusan dan tali air.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, penduduk Kampung Batu 14, Kampung Parit Abas, Parit Tok Hin, Parit 30 dan Parit Mat Ali merungut apabila ikan cuci cermin yang membiak dengan banyak di dalam tali air merosakkan peralatan menangkap ikan mereka.

Seorang penduduk, Khalid Mustapha, 22, berkata, jaring digunakan untuk menangkap ikan air tawar seperti lampam, puyu, haruan dan sepat rosak digigit ikan berkenaan.

Menurutnya, setiap kali ikan itu tersekat dijaring, dia mengambil masa lima minit untuk menanggalkannya kerana badan sisik ikan itu yang kasar dan berduri menyukarkannya untuk mengalihkan jaring.

“Kadang-kadang ada penduduk terpaksa koyak jaring mereka untuk alihkan ikan tersebut kerana apabila terperangkap pada jaring, ia akan putarkan badannya bersama jaring," katanya ketika ditemui di sini.

Khalid berkata, dia percaya kehadiran banyak spesies itu akibat perbuatan segelintir individu membuangnya ke dalam kawasan terusan dan tali air di sini.

Khalid berkata, keadaan itu membimbangkan penduduk setempat berikutan sumber pendapatan sampingan mereka terjejas dengan kewujudan banyak ikan tersebut.

Katanya, pihak berkuasa tempatan diminta mengambil tindakan sewajarnya untuk menghapuskan kewujudan ikan cuci cermin di kawasan terusan dan tali air sekitar Kuala Kurau.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search