░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

5/24/14

Lim Guan Eng Elak Pertanyaan Media



Lim Guan Eng elak pertanyaan media


Seremban: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak bersikap profesional sejurus mengelak pertanyaan media yang ingin bertanyakan kepadanya tindakan calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang mendakwa dilanggar kenderaan rasmi pemimpin pembangkang itu semalam.

Guan Eng yang ditemui di Gereja Visitation Casa di sini, sebentar tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Rahib, Juliana Lim Nyo Nya, 69 yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini semalam selepas disamun Rabu lalu enggan menjawab pertanyaan itu. 

Sejurus pertanyaan itu dijukan pemberita, Guan Eng memberi pelbagai helah antaranya menghormati mendiang Juliana sedangkan mayat belum dibawa dari HTJS. 

"Saya tidak boleh jawab pertanyaan ini, tidak boleh. Ini bagi menghormati mendiang," katanya.


Sementara itu, media yang turut membuat liputan mengenai mendiang Juliana turut dihalang pihak pengurusan gereja dan parti pembangkang itu (DAP).

Dalam perkembangan semasa, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, bedah siasat dijalankan ke atas mayat Juliana mendapati wanita itu dipukul di bahagian kepala oleh suspek yang menyamunnya Rabu lalu menggunakan alatan tumpul. 

Katanya, rahib terbabit kemudian pengsan dan tidak sedarkan diri selama seminggu di HTJS sebelum meninggal dunia semalam. 

Katanya, polis membuka siasatan mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan mendatangkan kecederaan. 

"Sehingga kini kita (polis) masih menyiasat dan menunggu hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di geraja terbabit (Gereja Visatation Jalan Yam Tuan)," katanya. 

Menurutnya, pihaknya belum mengenalpasti suspek dan menunggu laporan CCTV untuk lakaran wajah suspek individu menyebabkan kematian Juliana.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini

PRAY FOR #MH370
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com