[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

KWSP beli 12 cawangan Hospital Spire

Urus niaga berkonsepkan belian dan pajakan semula

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mengembangkan pelaburannya di luar negara dengan membeli portfolio hartanah hospital swasta kedua terbesar United Kingdom (UK), Spire Healthcare Group bernilai ?700 juta (RM3.36 bilion).

Urus niaga berkonsepkan belian dan pajakan semula itu membabitkan 12 daripada 38 cawangan hospital berkenaan. 

Ia dilaksanakan KWSP menerusi sebuah konsortium yang turut dianggotai pengurus dana Amerika Syarikat (AS), Och Ziff, GWM Group dan Moor Park Capital Partners. 

Sumber industri berkata KWSP memiliki 79 peratus kepentingan dalam usaha sama itu, sementara Och Ziff dan GWM Group masing-masing mempunyai 10 peratus kepentingan dan kumpulan ekuiti swasta yang berpangkalan di UK, Moor Park memiliki kurang daripada satu peratus kepentingan.

Prospek jangka panjang

Beliau berkata, Moor Park juga adalah penasihat pelaburan kepada konsortium itu.

“Pembelian portfolio hartanah hospital swasta yang berpangkalan di UK ini adalah sebahagian daripada usaha KWSP untuk meningkatkan pelaburannya di luar negara,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Prospek jangka panjang Spire Healthcare dan sektor penjagaan kesihatan yang cerah juga mendorong KWSP untuk melabur dalam portfolio hartanah yang berkaitan penjagaan kesihatan di UK,” jelasnya.

Sumber industri itu berkata, Spire Healthcare mengambil keputusan untuk menjual 12 cawangannya kepada konsortium yang diterajui KWSP itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk melangsaikan hutang.

Difahamkan, dana yang diraih daripada urus niaga itu, membantu Spire Healthcare mengurangkan hutangnya daripada ?1.4 bilion kepada ?700 juta.

Bank of America Merrill Lynch bertindak sebagai penasihat kewangan utama kepada Spire Healthcare bagi urus niaga itu.

Beli bangunan ikonik

Spire Healthcare ditubuhkan hasil daripada penjualan BUPA Hospitals kepada syarikat ekuiti swasta, Cinven pada 2007.

Selain Spire Healthcare, KWSP juga sebelum ini membeli bangunan ikonik di London, iaitu Battersea Power Station menerusi satu konsortium yang turut disertai oleh dua syarikat hartanah terkemuka Malaysia, iaitu SP Setia Bhd dan Sime Darby Bhd.
Di samping itu, pengurus dana persaraan terbesar Malaysia itu juga melabur ?1 bilion dengan pemilikan tujuh bangunan di London, termasuk bangunan yang terletak di kawasan premium, One Sheldon Square di Paddington Central dan 40 Portman Square berhampiran Oxford Street.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search