░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

5/24/14

KL Sesak Kerana 2.4 Juta Kereta Bergerak Sehari


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 20 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Star Radio Group.

Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, beliau yakin melalui kerjasama dengan pelbagai agensi ini dapat mempertingkatkan kualiti  perkhidmatan dalam aspek pengurusan lalu lintas.
"Agensi-agensi ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada usaha-usaha pengurusan lalu lintas di Kuala Lumpur dan saya berharap masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di Menara DBKL, di sini.        

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, antara penyebab utama masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota adalah kadar kemasukan kereta yang terlampau banyak dan rekod terkini adalah sebanyak 2.4 juta kereta secara purata sehari. 
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com