[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Jual Bayi Untuk Langsai Hutang Along


Ketua operasi dan perunding kewangan PKPKL Nazri Mohd Daud menunjukkan gambar bayi yang akan dijual oleh sebuah keluarga bagi mendapatkan duit untuk membayar hutang "ah long" 


KUANTAN: Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan Ah Long menyebabkan ramai di kalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wang automatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram.

Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi yang datang ke sini hari ini dalam usaha untuk membantu sebilangan kecil mereka yang terlibat.

Beliau mendakwa, hasil maklumat awal yang diperoleh oleh pihaknya mendapati hampir separuh daripada 3,000 kakitangan agensi kerajaan terbabit terlibat dengan masalah hutang.

"Kita telah datang ke Kuantan setelah menerima maklumat daripada kakitangan agensi kerajaan terbabit yang meminta pertolongan untuk mengatasi masalah itu dan dalam masa yang sama pihak majikan turut menghubungi kita berhubung soal yang itu," katanya di sini hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran jabatan kerajaan yang terlibat, Samsudin berkata Ah Long terbabit juga bertindak berani dengan datang ke jabatan berkenaan bagi mengutip hutang.

Menurutnya, perkara itu juga telah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera terhadap peminjam wang haram itu.

Beliau juga mendakwa kegiatan peminjaman wang oleh Ah Long di Kuantan semakin serius dengan kebanyakan peminjam wang yang terlibat berselindung di atas nama syarikat peminjam wang berlesen.

"Siasatan kami mendapati Ah Long ini mempunyai lesen untuk menjalankan kegiatan meminjamkan wang ini di Johor Baharu dan Kuala Lumpur, namun mereka turut menjalankan kegiatan yang sama di sini dan ia melanggar syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mendakwa sepasang suami isteri di Banting, Selangor mahu menjual bayi mereka yang baru dilahirkan gara-gara terdesak hendak membayar hutang Ah Long.

"Maklumat berhubung kes tersebut baru kita perolehi hari ini, dan difahamkan pasangan itu kini sedang mencari pembeli untuk menjual bayi mereka. Kita akan ke rumah mereka dalam tempoh terdekat untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan," katanya.

Sehubungan itu juga beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini terutama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau meminta kementerian itu supaya mengambil tindakan drastik dengan menyerahkan kuasa di bawah Seksyen 29 B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kepada pihak polis kerana kementerian itu tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menguatkuasakan akta itu di seluruh negara.
Di bawah seksyen itu mana-mana pemberi pinjam wang berlesen secara sendiri atau melantik orang ketiga mengekori mangsa mengugut atau menganggu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,00 atau hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan berulang.            ______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search