░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

5/25/14

Gaji Rm5k Ke Atas Dianggap Berpendapatan Tinggi



KUALA LUMPUR 21 Mei - Pertambahan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia mampu mendorong kenaikan kos kehidupan masyarakat jika tidak dipantau dengan baik. 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pemantauan itu termasuklah menyediakan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat.

Beliau berkata, penumpuan penuh kepada pertumbuhan ekonomi secara amnya telah melahirkan kelompok berpendapatan sederhana yang ramai, dan fenomena itu dijangka berterusan dalam jangka masa panjang.

Katanya, di Asia ketika ini hampir 500 juta penduduk merupakan golongan berpendapatan sederhana dan dijangka mencecah tiga bilion pada 2030 dengan pembangunan ekonomi yang berterusan menyebabkan lebih ramai berpindah untuk hidup di bandar-bandar utama, khususnya golongan berpendapatan sederhana.

"Jika tidak ditangani, hal itu boleh mengakibatkan kemiskinan bandar dan seterusnya mewujudkan masalah sosioekonomi," katanya semasa menyampaikan ucaptama Persidangan Perbankan Asia 2014 di sini hari ini.

Jelasnya, walaupun Asia kini mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding benua yang lain tetapi masih menguasai dua pertiga kadar kemiskinan global.
Sebelum ini, beberapa kajian yang dilakukan telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mengalami perangkap pendapatan sederhana. Bagaimanapun hal itu telah disedari oleh kerajaan yang giat melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi mengalihkan rakyat negara ini kepada golongan berpendapatan tinggi.

Berdasarkan buku Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013, negara ini dibahagikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah, manakala RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana dan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan lain, Zeti berkata, BNM hanya akan memutuskan sebarang perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai ini menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada bulan itu.

Perubahan OPR itu akan mengambil kira persekitaran kewangan pada waktu tersebut meliputi aspek inflasi, pertumbuhan negara dan ketidakstabilan pasaran.
Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan BNM akan menaikkan OPR pada Julai ini, dalam usaha mengawal kadar inflasi negara lebih-lebih lagi selepas negara mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi pada suku pertama 2014.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com