░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

5/24/14

Gadis lari dari rumah merajuk kena tegur suruh solat




Kangar: Hanya kerana ditegur supaya bersolat, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak melukakan hati bapanya apabila bertindak keluar dari rumah keluarganya di Bintong, di sini, sejak Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Sharifah Atiqah Syed Azharudin yang juga anak sulung daripada dua beradik menghilangkan diri tanpa membawa pakaian mahupun wang. 

Bapanya Syed Azharudin Syed Bainy, 42, berkata pada malam sebelum kejadian, dia ada memarahi Atiqah kerana tidak menunaikan solat menyebabkannya merajuk lalu memberitahu ibu tirinya Siti Zubaidah Abdullah, 44, mengenai perkara itu. 

Menurutnya, anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur bersama ibu saudaranya sebelum tinggal bersama mereka selama dua minggu sejak awal bulan ini.

“Memang saya menegurnya kerana tidak bersolat selain perwatakannya yang begitu sosial bersama rakan-rakannya menyebabkannya mungkin merajuk lalu keluar dari rumah.


“Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya. 

“Saya merayu orang ramai atau sesiapa terserempak dengan Atiqah dapat menghubungi talian 012-4104286 atau 012-4875231,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com