[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Abu Backer Sidek 'Langgar' Kereta Lim Guan Eng

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.

Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Pembantu beliau memberitahuMalaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.

Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.

"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?

"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim.











Dakwa diherdik Setpol Guan Eng

GEORGETOWN - Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan kesal dengan sikap Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai yang mengherdiknya ketika berusaha menyelesaikan masalah dihadapi penduduk kawasan Bukit Gelugor, kelmarin.

Abu Backer Sidek berkata, pihaknya cuba menyatakan aduan daripada seorang penduduk Bukit Gelugor yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Pejabat Tanah dan Galian di Komtar.

Menurutnya, beliau dan beberapa pengikutnya pergi ke pejabat berkenaan yang terletak di tingkat tiga, Komtar bagi menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk berkenaan.

Pada kesempatan itu, beliau juga bercadang berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu termasuk masalah pemandu teksi di negeri ini yang dikatakan terbeban dengan kos sara hidup selain isu penggunaan meter.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa Guan Eng sebaliknya perlu membuat surat dan temujanji terlebih dahulu.

“Bagaimanapun Hon Wai turun bertemu saya, bukan cari jalan selesaikan masalah sebaliknya mengherdik dan mengarahkan saya berkempen di Pasar Air Itam dan bukan di Komtar,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Makam di sini, semalam.

Menurutnya, beliau cuba menjelaskan tujuannya ke Komtar kepada Hon Wai namun berlaku perang mulut antaranya dengan Hon Wai.

Perang mulut itu berakhir apabila calon Bebas menggunakan logo kuda itu dijemput masuk ke bilik mesyuarat bagi menyelesaikan aduan yang diterimanya.

“Saya datang ke sana (Komtar) bukan untuk berkempen sebaliknya mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Gelugor.

“Apa yang saya lakukan ini sekali gus membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat walaupun belum lagi dipilih sebagai wakil rakyat,” katanya.

Abu Backer Sidek juga sempat memberi cadangan kepada pegawai pejabat tanah dan galian untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan selain menaiktarafkan kualiti sistem komputer supaya pelanggan tidak menunggu lama.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
PRAY FOR #MH370

______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search