░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

3/15/14

Pesawat tukar laluan tindakan sengaja

SEPANG: Hasil siasatan terhadap data satelit terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan, pesawat yang dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpatah balik adalah penerbangan MH370.
Bagaimanapun belum ada pengesahan bahawa pesawat berkenaan dirampas.
Menurutnya, alat komunikasi pesawat (ACARS) berkenaan dimatikan sebelum tiba di Pantai Timur Malaysia manakala transponder pula dimatikan berhampiran sempadan ruang udara Malaysia-Vietnam.

"Selepas itu maklumat radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan pesawat MH370 berpatah balik.
Foto

Ia kemudian bergerak ke Barat melalui Semenanjung Malaysia sebelum berpusing ke arah Barat Laut. Pergerakan ini konsisten dengan perbuatan sengaja seseorang dalam penerbangan berkenaan," katanya dalam sidang media khas di Hotel Sama-sama, KLIA.

Katanya, semua data disahkan selepas siasatan forensik bersama FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia.

"Berdasarkan data baru ini, komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit adalah pada jam 8.11am waktu Malaysia, Sabtu 8 Mac. Pasukan siasatan sedang membuat pengiraan lengkap yang akan menentukan sejauh mana pesawat berkenaan terbang selepas kali terakhir berhubung.

"Disebabkan jenis data satelit, kami tidak dapat sahkan lokasi pesawat ketika hilang perhubungam," katanya.

Menurut Najib, komunikasi terakhir pesawat dengan satelit menjurus kepada dua lokasi iaitu koridor Utara (sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga ke Utara Thailand) atau Koridor Selatan (Indonesia dan Selatan Lautan Hindi).
Operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan dihentikan dan aset sedang dipertimbang untuk dibawa ke Barat Malaysia.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini

PRAY FOR #MH370
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com