░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

3/18/14

[ Info ] CHEF RIZ DEDAH PUNCA DIBOIKOT STESEN TV?

Agak lama juga tidak melihat tukang masak selebriti Chef Riz tampil dalam mana-mana program TV. Kalau ammboi, kali terakhir melihatnya adalah ketika menjadi juri program masakan terbitan Astro. Selepas itu, memang tak ada. Rupanya Chef Riz kini diboikot oleh beberapa pihak stesen televisyen.

CHEF RIZ DEDAH PUNCA DIBOIKOT STESEN TV?, tukang masak selebriti, info,

Perkara itu didedahkan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menerusi laporan mStar Online. Menurutnya dia berasa terkilan apabila terdapat beberapa pihak stesen televisyen telah memboikotnya untuk tidak melibatkannya dalam mana-mana program masakan. Walaupun tidak mempunyai bukti sahih secara hitam putih, namun dia sedar dirinya telah diboikot sejak kontroversi dia didakwa menipu dalam resume sebagai juri program terbitan Astro Masterchef Malaysia pada penghujung tahun 2011.


“Walaupun tiada hitam putih mengatakan saya diboikot pihak stesen televisyen, tetapi saya tahu yang mereka tidak mahu menggunakan khidmat saya dalam mana-mana program kerana isu lama berkaitan dengan resume itu. Diakui, memang saya terkilan ke atas apa yang berlaku. Tetapi saya terima dengan hati yang terbuka dan menganggap ia berpunca daripada kesilapan saya yang lalu,” katanya.

Sebelum ini Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria pada hujung tahun 2011. Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin. Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyatan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

Dalam pada itu, Chef Riz berkata, dia juga sedang dalam perancangan untuk mengahwini kekasihnya, Shikin Maembong, yang merupakan kakak kepada aktres Emma Maembong pada hujung tahun ini. Bagaimanapun, persiapan perkahwinan hanya akan dilaksanakan selepas ibunya yang diserang angin ahmar baru-baru ini sembuh.


Sumber : ammboi.com

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini

PRAY FOR #MH370
______________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com