░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

3/19/14

Gaya Pelik Kapten Zahari Bawa BMW Dan Tabik Pada Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR : Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dilaporkan berubah sikap sebelum melakukan penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor akhbar India Today semalam.
(gambar hiasan)
Perubahan itu disedari ketika Zaharie memberi salam kepada pengawal keselamatan yang bertugas di luar kawasan perumahan di Laman Seri, Shah Alam sebelum malam penerbangannya.

Sebuah stesen televisyen, Headlines Today mendedahkan, biasanya kapten yang berusia 53 tahun itu akan memberi salam mengikut cara Islam kepada beberapa pengawal keselamatan warga Nepal.

Namun, pada malam sebelum melakukan penerbangan pesawat yang hilang itu, beliau memberi tabik hormat gaya tentera kepada pengawal-pengawal keselamatan itu.

“Terdapat perubahan ketara dengan gaya beliau memberi hormat kepada kami. Sikapnya berbeza berbanding biasa,” kata salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di luar kediamannya.

Selain itu beliau dilihat memandu sendiri keretanya jenis BMW 5 Series ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertugas pada hari tersebut.

Kebiasaannya, beliau mengambil teksi MAS untuk KLIA sebelum melakukan penerbangan antarabangsa.

Menurut pengawal keselamatan berkenaan, sebuah teksi MAS tiba di kediamannya hampir 20 minit selepas beliau meninggalkan rumahnya untuk ke KLIA.

Malah, pada malam itu beliau keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam dan turut ditemani isterinya.

Bagaimanapun, isterinya tidak pulang ke rumah pada malam itu dan dia hanya kembali ke rumah pada pagi Sabtu lalu seminggu selepas pesawat tersebut hilang.

Kata pengawal itu, isterinya pulang ke rumah pada pukul 10 pagi.

Siasatan pihak berkuasa kini tertumpu kepada kru dan penumpang pesawat itu termasuk Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid. – Agensi
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini

PRAY FOR #MH370
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com