░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/9/14

Hotel Di Madinah Terbakar, 5 Jemaah Umrah Terbunuh

Seramai 15 orang yang merupakaan jemaah Umrah terbunuh dalam satu kebakaran di Hotel Ishraq al Madina yang terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi, Madinah petang semalam. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang kebetulan turut berada di Madinah memberitahu media Malaysia bahawa tidak ada jemaah Malaysia yang cedera atau terkorban dalam kejadian berkenaan. 

Beliau berkata, sebahagian besar jemaah yang terlibat adalah dari Iran dan Turki. 

Memetik laporan Liputan6.com, kebakaran tersebut juga menyebabkan 130 orang lagi cedera. 

“Kebanyakan mangsa terbunuh akibat sesak nafas, serangan jantung serta pengsan, dan bukannya mati akibat terbakar,” jelas jurucakap Bulan Sabit Merah Saudi, Mohammed Mahmoud Kheyat. 

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan kebakaran tersebut. 

Hotel 16 tingkat itu merupakan tempat penginapan bagi 700 jemaah umrah dari pelbagai negara. 

Sehingga kini, identiti dan negara asal mangsa yang terbunuh masih belum dikenalpasti. 

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada mangsa yang cedera merupakan warga Mesir. 

Pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca kebakaran, namun terdapat andaian yang mengatakan bahawa kebakaran berpunca akibat litar pintas. 
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com