░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/2/14

GOLONGAN LELAKI KELANTAN ADALAH PEMALAS!

KOTA BHARU 31 Jan. - Golongan lelaki dalam masyarakat kini, khususnya di Kelantan yang tidak bertanggungjawab dalam melindungi dan mencari nafkah keluarga adalah sama taraf dengan ‘ayam jantan’ yang tidak memberi manfaat kecuali hanya aktif berkokok dan membiak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sebagai contoh ‘bapa ayam’ yang hanya mengharap ‘ibu ayam’ mencari makanan anak-anak ayam merupakan perlambangan yang sesuai menunjukkan sikap negatif segolongan lelaki terbabit.

Beliau berkata, fenomena semakin ramai lelaki yang pemalas dan bersikap senang-lenang membiarkan isteri terpaksa berhempas pulas bekerja adalah sangat membimbangkan sedangkan ia sikap yang ditegah dalam agama malah mencari nafkah sebenarnya adalah kewajipan suami.


“Semasa musim hujan kita boleh lihat ‘ibu ayam’ bersusah payah melindungi anak daripada kesejukan dan banjir, tetapi mana pula si bapa ayam. Dia (suami) seronok main ‘dam aji’ di kedai kopi.

“Bapa ayam bangga ada banyak ‘isteri’ yang menunggu di reban tuannya dan reban jiran, tetapi bukan dia yang berusaha cari makanan untuk anak-anak sebaliknya ibu ayam.

“Islam mengajar bahawa nafkah adalah wajib ke atas suami tidak kiralah apa jenis pekerjaan namun malangnya masyarakat kita hari ini semakin ramai yang lupa cara hidup yang ditunjuk Rasulullah SAW walaupun mereka galak menyambut maulid baginda," katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin turut mengingatkan bahawa jika berlaku proses penceraian antara suami dan isteri, ia mesti dilakukan dengan cara yang baik kerana sebarang perpisahan berlaku apabila pasangan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Malah, beliau berkata, Islam menggariskan bahawa si suami yang mahu bercerai wajib memberi sumbangan ‘mut’ah’ atau hadiah saguhati kepada isteri selain memastikan nafkah anak-anak terjamin.

“Hadiah perceraian itu pula mengikut kemampuan suami, kalau kaya maka besarlah nilainya dan jika kurang berkemampuan maka setimpal dengan apa yang boleh disediakan tidak kira pakaian, harta dan sebagainya.

“Sesetengah lelaki hari ini apabila bercerai mereka bukan sahaja berpisah dengan isteri tetapi anak-anak juga turut ‘diceraikan’ sedangkan ia perbuatan yang haram kerana nafkah anak wajib ke atas bapa.

“Kita kahwin dengan anak perempuan orang yang dihias cukup cantik (sebagai pengantin) maka bila ada perceraian kita wajib lepaskan dengan cara yang baik dan bukannya menghantar dalam keadaan dirinya sudah luka dan lebam atau lebih malang lagi bekas isteri dibuang dan terpaksa mencari ikhtiar pulang sendiri ke pangkuan keluarga," katanya. - UTUSAN MALAYSIA
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com