░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/6/14

Gelojoh Betol! Baru Seminggu Bertunang Dah Tidur Bersama

tali pertunangan, pasangan keasih, dicekup berkhalwat, hotel bajet, dalam bilik berdua-duaan, kursus pra perkahwinan, perkara terkutuk, perlakuan sumbang,
Pasangan kekasih yang mendakwa sudah mengikat tali pertunangan pada pertengahan tahun lalu dicekup khalwat dalam serbuan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama daerah Kluang di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam malam kelmarin.

Pasangan berasal dari Layang-Layang itu sanggup menaiki motosikal sejauh 25 kilometer ke pekan Simpang Renggam untuk menyewa bilik semata-mata untuk bermadu kasih.

Ketua Unit Penguat kuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit yang berusia antara 34 dan 35 tahun itu bercadang melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini.

“Bagaimanapun, tindakan pasangan tersebut menyebabkan mereka ditangkap kerana sewaktu pemeriksaan dijalankan, mereka berada di dalam bilik berdua-duaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan berkenaan baharu sahaja selesai menghadiri kursus pra perkahwinanpada Ahad lalu.

“Walaupun sudah menghadiri kursus, pasangan berkenaan sanggup melakukan perkara terkutuk itu,” katanya.

Anuar berkata, pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1)(a) & (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut memberi nasihat kepada pasangan terbabit untuk bernikah segera bagi mengelak tindakan sama berulang kembali.

Dalam operasi dijalankan bermula jam 11 malam hingga 6.30 pagi itu, kira-kira 10 hotel bajet diperiksa bagi membanteras jenayah maksiat di daerah ini.

“Pihak kami juga membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti Dataran Tasek dan Dataran Simpang Renggam, namun tiada sebarang perlakuan sumbang dilakukan oleh golongan remaja sempena menyambut tahun baharu,” katanya.

Operasi berkenaan turut melibatkan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama daerah Kluang dan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com