░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/2/14

Fakta Sebenar Insiden Perlawanan Piala FA, JDT lawan T-Team

Johor Darul Takzim vs T-Team FC
Johor Darul Takzim vs T-Team FC

Pihak Terbakor tidak tahu mana satu cerita yang benar. Jadi kami lampirkan cerita dari kedua-dua belah pihak. Kita mulakan dengan pihak JDT dulu
Pihak JDT:
Seperti dipetik dari fan page JOHOR Southern Tigers
Screenshot fan page JOHOR Southern Tigers
Screenshot fan page JOHOR Southern Tigers
Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama.
1.Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.
2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.
3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.
4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.
5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.
6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan. Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ini pula cerita dari pihak T-Team FC pula. Cerita agak ringkas. Ia dipetik dari fan page T-Team FC
Screenshot dari fan page T-Team FC
Screenshot dari fan page T-Team FC
Pemain Import T-Team FC, Evaldo Goncalves ditumbuk di bahagian muka dan menyebabkan pendarahan pada hidung dan Jurulatih Kecergasan T-Team FC Stefano, disepak pada bahagian kemaluan oleh Pengurusan Tertinggi JDT semasa menuju ke bilik persalinan.
Komen Terbakor: Apa-apa pun kita tunggu pengumuman rasmi dari mereka esok
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com