░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/1/14

Berpakaian Terlalu Seksi Ketika Program Maharaja Lawak Mega - Feeya Iskandar

Penampilan Feeya Iskandar yang dikatakan terlalu seksi ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 mengundang kritikan dan tomahan dari peminat di laman forum sosial.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini berhubung kontrovers tersebut, Feeya mengakui terkejut dan berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya memang bersesuaian dengan konsep MLM.



“Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi. Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."

"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."


Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan.

“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.
“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.”

Dalam pada itu, Feeya menafikan cuba bersikap gatal dan tergedik-gedik untuk menarik perhatian sesetengah peserta MLM. Katanya, dia berbuat demikian bagi memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila."
"Saya seronok mengendalikan program itu dengan cara saya yang ceria. Tak tahu pula benda itu menjadi satu masalah. Jujurnya, saya malas nak ambil pusing.”
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com