░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/14/14

BAJU GADIS TERSINGKAP KETIKA DICEKUP

Akibat berkelakuan sumbang di dalam kereta ketika Ramadan, seorang remaja perempuan didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, semalam.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Farra Shaffiqa Amran, 18, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.


Tertuduh juga berdepan hukuman penjara 90 hari jika gagal membayar denda yang diperintahkan.

Bagaimanapun, pasangannya, Hairulazmi Mahamad Zukhi, 36, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 April ini untuk sebutan semula kes serta mengekalkan bon jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap Hairulazmi.

Berdasarkan fakta kes yang dibaca Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangar Shafezan Rusli, ketika kejadian, pasangan itu ditahan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah berhampiran lot kedai bunga Jalan Sungai Buloh, Kampung Subang Kota Damansara, di sini, pada jam 4.15 pagi, 30 Julai 2013.



Anggota polis yang menghampiri kenderaan PERODUA Myvi itu kemudian melihat tertuduh lelaki di tempat duduk pemandu manakala tertuduh wanita berada di kerusi penumpang hadapan dalam keadaan bajunya tersingkap ke atas.

Terdahulu, dalam rayuannya, Nor Farra berkata, dia sudah berkahwin dengan Hairulazmi pada Oktober tahun lalu dan memohon supaya mahkamah mengurangkan denda kerana dia tidak bekerja.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com