░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

1/10/14

Samsung Galaxy S5 Akan Diperkenalkan Pada Bulan April 2014

Apple pada tahun yang lalu telah memperkenalkan iPhone 5S yang berjaya menaikkan semula Apple sebagai pengeluar telefon pintar utama di seluruh dunia dan berjaya menyebabkan pesaingnya terus jauh ke belakang iaitu Samsung dengan Galaxy S4 dan Galaxy Note 3. Hal ini disebabkan oleh pengenalan iOS7 dengan perubahan pada rekaan antara muka juga dengan pengenalan pengesanan cap jari miliknya.
Melihat kepada keadaan yang merungsingkan ini, Samsung cuba untuk memperbaiki dan juga menambah fungsi yang bakal menarik minat pengguna untuk kembali kepada produknya. Terdapat khabar angin sebelum ini yang cuba membuktikan Samsung dalam usaha memperkenalkan antaramuka baru pada TouchWiz UI miliknya juga penambahanfungsi imbasan mata.
Selain itu juga, Samsung juga dikatakan sedia menyedari reka bentuk Glaxy S3 dan Galaxy S4 adalah sama dan menyebabkan pengguna telah mula bosan dengan rekaan tersebut. Berikutan dengan itu, Samsung cuba untuk kemabali kepada asas dengan mengutamakan pada paparan skrin dan juga perubahan pada badan Galaxy S5.
Samsung juga dikatakan akan membawakan Galaxy S5 bersama Galaxy Gear versi baru yang membawakan penambahbaikan daripada kegagalan Galaxy Gear yang dibawakan bersama Galaxy Note 3 pada tahun yang lalu. Nampaknya, syarikat pengeluar telefon pintar dari Korea ini benar-benar berusaha untuk memastikan produk mereka sentiasa menjadi pilihan para pengguna.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com