░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

1/31/14

Ngeri: Bapa Sembelih Anak Hingga Mati Di Bangi

Suspek Yang Cedera Di Bawa ke Hospital

Bapa Sembelih Anak Hingga Mati


Bapa sembelih anak!! Kejadian ngeri berulang lagi. Kalau suatu ketika dulu seorang bapa telah menyembelih anaknya yang berusia 7 tahun dan menghirup darahnya berlaku di Lahad Datu, kali ini ianya menimpa sebuah keluarga dari Bangi Selangor. Dalam kejadian petang semalam, seorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental telah meyembelih seorang anak perempuannya berusia 7 tahun hingga mati dan mengelar dua lagi anaknya perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan sebelum melarikan diri. 

Bapa Dengan Parang Berdarah


Kejadian ngeri tersebut hanya disedari oleh seorang lagi anak perempuannya yang baru pulang dari sekolah. Pada ketika itu anaknya terserempak dengan bapanya di ruang tamu dengan sebilah parang yang berdarah. Beliau kemudiannya berlari ke tingkat atas menemui seorang lagi abangnya yang berada didalam bilik sebelum mereka menghubungi polis.

Mangsa Kelar Di Dalam Bilik


Sewaktu pihak polis tiba di lokasi, suspek sudah melarikan diri. Mereka kemudiannya menemuimayat anak bongsunya dengan kesan kelar di leher di bilik di tingkat bawah rumah berkenaan dan salah seorang anaknya yang dikelar dengan jari terputus di ruang tamu. Kedua-dua anak perempuannya yang dikelar dileher dan tengkuk berusia 8 dan 10 tahun kini dalam keadaan kritikal.

Bapa Hadapi Tekanan


Suspek dan keluarga dikatakan adalah dari keluarga yang baik-baik dan sangat dihormati dikhalangan masyarakat setempat. Suspek dan keluarga adalah antara jemaah tegar yang selalu berjemaah di surau berhampiran. Suspek juga dikatakan turut berjemaah di surau pada waktu zohor sebelum kejadian. Namun dikatakan terburu-buru pulang selepas berjemaah. Tidak seperti biasa. 

Suspek yang telah beberapa lama tidak bekerja dikatakan mengalami tekanan perasaan yang agak serius dalam beberapa hari yang lalu. Sewaktu kejadian, isteri suspek tiada dirumah kerana bekerja di Cyberjaya. Suspek yang cedera berjaya ditemui di sebatang sungai kira-kira 300 meter di kawasan berhampiran. 
p/s: Ya Allah macam-macam jadikan. Tekanan yang melampau membawa padah. Al-Fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga yang tinggal.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com