░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

1/10/14

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

Setelah tujuh minggu bertarung, akhirnya Hafiz telah pun dinobatkan sebagai juara program Pencetus Ummah musim pertama. Peringkat akhir Pencetus Ummah telah pun berlangsung malam semalam dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis. Tempat kedua dimenangi oleh  Shahrul Hamid dan tempat ketiga dan keempat pula milik Mohamed Zaini serta Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.
keputusan pencetus ummah
Dengan kemenangan ini, Hafiz membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi. Program Pencetus Ummah ini ternyata membawa kelainan dan menjadi ikutan ramai. Melayari Facebook Pencetus Ummah, ada beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Abang Nara.
keputusan pencetus ummah
Untuk makluman anda, juri jemputan untuk pusingan akhir Pencetus Ummah ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Bagi Abang Nara itu adalah satu pilihan yang baik kerana Pak Nil memang banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan. Jadi sedikit sebanyak Pak Nil dapat berkongsi ilmu dengan para peserta Pencetus Ummah. Pada pendapat Abang Nara, Pak Nil lebih menilai daripada segi penyampaian dan teknik penceritaan. Bukannya isi penceritaan itu.
keputusan pencetus ummah
Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada semua mereka yang terlibat dalam Pencetus Ummah. Daripada respons yang diterima, nampak gayanya musim kedua Pencetus Ummah pasti akan diwujudkan. Semoga ia akan lebih baik berbanding musim pertama. Kalau hadiah “up” sikit pun lagi cantik. Pasti lebih bersemangat semua orang.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com