░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

1/13/14

Gempar Bangkai Sotong Gergasi Akibat Sinaran Radioaktif

Sekeping gambar dan berita tentang penemuan bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 48.76 meter di tepi pantai Santa Monica, California yang disiarkan di laman web The Lightly Braised Turnip telah didapati palsu, lapor akhbar The Epoch Times semalam.




Artikel di The Lightly Braised Turnip pada Jumaat lalu menyatakan, sotong tersebut menjadi besar disebabkan oleh kebocoran radioaktif ke laut di daerah Futaba, Fukushima, Jepun.

Kebocoran itu berlaku disebabkan sebuah loji nuklear di Fukushima mengalami kerosakan disebabkan tsunami yang tercetus akibat gempa bumi kuat berskala 9.0 pada skala Richter pada 11 Mac 2011.

Artikel di laman web tersebut yang ditulis oleh Butch Witt menyatakan, sotong tersebut kemudian hanyut ke pantai Amerika Syarikat.

Lebih 500,000 orang menghantar mesej dan melihat gambar tersebut di laman rangkaian sosial Twitter selepas ia disiarkan di laman The Lightly Braised Turnip.

Bagaimanapun, wartawan akhbar The Epoch Times, Zachary Stieber mendapati berita dan gambar tersebut palsu selepas dia melakukan penyiasatan.

Menurut Stieber, dalam artikel sotong di laman web itu, Pengarah Taman Santa Monica, Cynthia Beard berkata, dia berhasrat untuk memotong badan haiwan tersebut untuk dihantar ke Institut Penyelidikan Scripps untuk tujuan penyelidikan.

Namun, wartawan yang melakukan penyiasatan itu kemudian mendapati tiada pengarah di taman tersebut yang bernama Cynthia Beard.

Berita palsu itu turut mendapat perhatian portal kajian saintifik yang terkenal iaitu National Geographic.

Menurut portal itu, seorang kakitangan laman web gosip, snopes.com memandu kenderaan ke pantai tersebut dan melaporkan tiada tanda-tanda kehadiran sotong gergasi itu.

Seorang penulis artikel di laman About.com yang memberikan pelbagai maklumat tentang topik-topik menarik, David Emery berkata, gambar sotong gergasi di akhbar The Lightly Braised Turnip itu sebenarnya sotong gergasi sepanjang sembilan meter yang mati di sebuah pantai Sepanyol pada Oktober 2013. –Agensi
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com