░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

11/3/13

Tiga Remaja Lelaki Bersaudara Tumbuh Payu Dara

Tiga remaja lelaki bersaudara yang tidak disebutkan namanya dari Republik Dominican ini tidak pernah menginginkan mereka dilahirkan seperti ini. Namun ketidakseimbangan hormon dalam tubuh menyebabkan mereka mempunyai payudara seperti perempuan.

Menurut ayah mereka , Felipe Ramirez, keganjilan pada anak-anaknya mula kelihatan apabila mereka mula menginjak usia 9 tahun. Kini ketiga anaknya berusia 10 , 12, dan 17 tahun. dan dia merasa tertekan pula kerana tidak mempunyai dana untuk memberikan anaknya usaha perubatan. Fenomena ganjil ini membuat mereka sering di buli.

Kelainan yang dialami oleh mereka dalam dunia perubatan dikenali sebagai Gynecomastia . Dan kerana saiz payudara tersebut cukup besar , mereka sering menjadi bahan gurauan dan sering menjadi mangsa keganasan sehingga menyebabkan batin mereka tertekan.
Gynecomastia ( Gynaecomastia ) adalah perkembangan tidak normal dimana kelenjar susu pada kaum lelaki membesar dan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti seorang wanita. Keabnormalan seperti ini mungkin diwarisi dari orang tua, yaitu dari pihak ibu sebagai pembawa gen sifat -sifat tersebut. Golongan lelaki yang sering menderita Gynaecomastia adalah mereka yang proses metabolik tubuhnya tidak stabil. Namun hal ini tidak disebabkan kerana obesiti atau kegemukan.

Dr Elbi Morla yang memimpin operasi pembedahan yang dilaksanakan atas kemurahan hati pemimpin Velez Santana Hospital , Dr. Pedro Antonio Delgado yang memutuskan pihak hospital menanggung sepenuhnya kos pembedahan.

Pakar perubatan hingga kini masih meneliti penyebab fenomena ganjil tersebut. Dan untuk sementara dugaan mereka adalah bahawa sel punca gynecomastia bukan merupakan satu- satunya penyebab walau sel abnormal tersebut dicetuskan oleh tingginya kadar Sex Hormone Binding Globuline ( SHBG ) dalam tubuh kaun lelaki.

           
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com