░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

11/5/13

Mengapa AF10 2013 Cukup Membosankan?

review AF2013 Mengapa AF10 2013 Cukup Membosankan?
Mengapa AF 2013 Cukup Membosankan? | Ini merupakan first time penulis membuat review mengenai Akademi Fantasia AF 2013. Penulis bukanlah seorang fanatik AF 2013, tetapi apa yang penulis lihat rancangan AF 2013 ini cukup membosankan jika dibandingkan dengan AF1 hinggalah AF9.
Sebelum ini apa yang penulis tonton setiap AF mesti ada fighter untuk merebut tempat 1 hingga 3, dan ada kenkadang tu penulis sendiri tidak pasti siapakah yang boleh menduduki tempat 1 disebabkan setiap peserta didalam AF mempunyai kelebihan dan kebolehan masing masing.
Berbeza pula pada AF10. Ya pada mulanya penulis begitu teruja untuk melihat anak watan malaysia masuk AF10 dimana penulis boleh melihat bahawa pemilihan dan peserta untuk AF10 ini sudah pastinya luar biasa dan bakal menambat hati penonton setelah Rancangan Akademi Fantasi ini dihentikan pada tahun selepasnya.
Setiap minggu sebelum rancangan ini bermula, kita lihat iklan mempromosikan AF10 begitu menarik perhatian penulis menunggu saat saat rancangan ini bakal ditayangkan secara lansung di ASTRO. Bagaimanapun semua yang penulis impikan AF10 tahun ini hanya sia sia kerana penulis merasakan ini adalah rancangan AF paling Worse sepanjang Sejarah Akademi Fantasi di MALAYSIA.
Penulis sendiri tidak pasti bagaimana peserta yang ada sekarang boleh layak berada di pentas AF10. Harapkan wajah cantik, suara semuanya ke laut, piching takyah cakap lah saya tonton melalui Astro Beyond HD nie bila dengar sound nyayian nya melalui Home Theater dan macam dengar bunyi nyayian karaoke dah rasanya. Main tangkap muatjer bila nyanyi, bila menyanyi soul lansung tarak, nak felling lagu yang dibawa oleh peserta akademi fantasia pun dah ibarat nak tengok boleh tak tengok pun boleh, tak seperti AF1 hingga AF9 bila tak tengok secara live rasa cam menyesal jer.
Lagi satu penulis lihat bila setiap konsert terakhir peserta perlu menyanyi lagu penutup AF, dah macam tarian budak tingkatan 4-5 jer tengok, tak mencabar lansung. Macam dulu penulis lihat setiap peserta akan berjoget, menyanyi dengan penuh perasaan dan beriya iya jika persemabahan dibuat tidak memuaskan akan dihentam oleh guru tarian af didalam diari AF, tetapi berbeza pula peserta AF10 nie saya lihat joget santai je. Cukup membosankan! Joget pun macam cukup syarat jer.. tak tau lah dimana silapnya adakah silap guru tarian di AF10 atau peserta itu sendiri tidak mampu untuk menari tarian yang lebih extrem!
Apa yang mengejutkan penulis AF10 sudah masuk ke peringkat Separuh Akhir tetapi masih belum ada tanda tanda yang boleh mengujakan peminat untuk menyokong peserta AF10, apa yang saya lihat kebanyakkan keluarga mereka sahaja membanjiri stadium di konsert AF. Cukuplah buka mata luas luas tengok nyanyian sendiri didalam konsert akedemi tu analisis dimana kelemahan dan kelebihan peserta… tolong lah.. patutnya AF10 lebih baik dari AF yang sebelumnya.
Bab Pengacara.
Pada pandangan penulis, pengacara Zizan Razak masih belum mampu dan layak untuk menjadi hos didalam rancangan berprestij ini. Ini kerana jika dilihat dari segi kebolehannya ianya lebih kepada lawak bersahaja dan masih gugup untuk menjadi hos yang sebenar jika dibandingkan dengan DTK Aznil Nawawi dan DTK AC Mizal. Penulis tidak pasti dimana silapnya, tetapi sebagai hos dalam rancangan berprestij ini ianya perlu mempunyai pengalaman yg luas sebagai pengacara dan mempunyai karektor seorang hos yang dianggap pandai mencuri hati penonton dan berinteraksi dengan penonton mahupun peserta secara spontan dan mempunyai confident level diri yang tinggi ketika bercakap. Pada pandangan penulis di AF10 ini, pihak Astro tidak boleh mengambil risiko mana mana artis yang tidak mempunyai pengalaman menjadi hos sebelum menjadi host AF berprestij ini kerana ini boleh menjatuhkan rating AF10 itu sendiri dan membuat penonton dirumah bosan! Tolonglah!
Kepada Zizan Razak tips dari penulis
1. Buat research bila peserta AF sedang menyanyi untuk dijadikan bahan pertanyan kepada peserta berikutnya. contoh tanya pendapat peserta tentang peserta AF membuat persembahan tadi. tak perlu lama 1 minit pun jadilah
2. sesekali wat lawak tak per, jangan kerap, kerana nanti pentas AF dah jadi pentas Maharaja Lawak plak
3. kadang kadang cuba tanya soalan kepada juri dengan serius dan kadang kadang soalan lucu… dan jgn selalu sangat wat lawak bersahaja, nanti penonton bosan!
4. bila bertanya soalan kepada peserta, tanya secara official, jgn melawak gak, nanti peserta tak paham apa yang dimaksudkan.. okay…
Tak lama lagi Masuk Separuh Akhir Pentas Akedemi Fantasi 10 dan penulis berharap setiap perserta tunjukkan fighter kepada peserta lain jangan cepat mengalah okie. Sebab jika peserta cepat mengalah, AF10 ini akan menjadi bosan! Penulis nak lihat 6 peserta akhir ini tunjukkan talent supaya anda keluar dari AF nanti akan menjadi Artis yang boleh memeriahkan industri muzik tanah air bukannya pelengkap sahaja okay.
Komen Penulis pada Peserta AF 10 2013
Kelebihan dan kelemahan
1. Nabila – Suara okie, Nyanyian tak konsisten sebab ikut lagu, spirit ada dan boleh jadi fighter kadang kadang. Penulis boleh anggap dia nie seperti underdog.
2. Faizul – Suara serius ala-ala Indonesia, nyanyian konsisten semua lagu boleh bawak tapi kadang kadang ada gugup, spirit konsisten.
3. Amera – Suara memang unik, nyayian moderate, lagu note tinggi memang gagal, spirit moderate, package moderate
4. Indah – Suara banyak dah ada dipasaran, nyayian confident, lagu note tinggi dan rendah boleh nyanyi, spirit confident tapi kadang kadang over sangat!
5. Aisyah – Suara Okie, nyayian tak leh pergi, untuk karaoke okie lah, untuk konsert gagal. lagu note tinggi gagal, spirit moderate, confident moderate.
6. Azaheal – Suara dua dua mantap, nyayian mantap, note tinggi dan rendah boleh nyanyi dengan kelas nya tersendiri. spirit excellent, confident good. Cikgu perlu beri perhatian pada mereka berdua nie, sebab pada penulis mereka berdua nie ada keistimewaan.
Pendapat Penulis yang terakhir, sekiranya AF masih ada lagi, penulis sarankan tak perlulah peserta yang bertudung dan muslimah nie mengikuti Program Akademi Fantasia nie, sebab penulis rasa ianya tak sesuailah, dan membataskan kerancakkan didalam program ini. Eloklah peserta bertudung nie join program NONA ker, program Muslimah ker, dan macam macam lagi yang bersesuaian dengan karektor.
Lagi pelik AF10 nie penulis belum dengar lagi peserta nyanyi lagu RAP .. adakah peserta AF 2013 ini mampu melakukanya?
Berikut adalah pendapat dan pandangan penulis sahaja. Mungkin pendapat dan pandangan penulis akan berubah sekiranya berlaku impak performence ketika persembahan nanti. Apa pula pendapat anda? Setuju dengan penulis atau sebaliknya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

1 comments:

  1. Live stream tv1, tv2, tv3, ntv7 , 8tv, tv9, astro arena, astro ria, astro prima, astro oasis, tv al hijrah, bernama tv, astro awani, dan banyak lagi,, untuk menonton sila lawai website >> http://tvradiostreamblog.blogspot.com/2013/11/malaysia-tv-online.html

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com