░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

11/2/13

Lagu 'Botingkek' Digugurkan Dari AIM Kerana Ciplak Lagu Orang


Jika anda penggemar lagu Melayu pasti anda akan tahu tentang lagu 'Botingkek' yang dinyanyikan oleh Waris dan lagu ini telah menjadi popular dimainkan di radio - radio Malaysia.

Justeru apabila ia tersenarai dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) ramai peminat lagu ini tumpang gembira.

Malangnya, badan penilai AIM 20 telah membuat keputusan untuk menggugurkan lagu ini daripada senarai setelah mendapati lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu ‘Racks’ nyanyian rapper Amerika Syarikat, YC.

Perkara ini diumumkan Ketua Juri AIM 20, Datuk Ramli MS kepada akhbar Berita Harian.
Jika tidak digugurkan, ‘Botingkek’ yang merupakan lagu ciptaan DJ Fuzz akan berentap dengan empat lagu lain bagi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

Menurut Ramli, hasil penilaian mendapati ‘Botingkek’ mempunyai persamaan dari mula hingga akhir dengan lagu ‘Racks’.

Bagaimanapun sebuah lagi lagu yang dinilai semula kerana mempunyai unsur ciplak iaitu ‘Inilah Janjiku’ nyanyian Amran Ismail tidak menerima nasib sama seperti ‘Botingkek’.

Lagu yang dikatakan menciplak ‘I Heart You’ nyanyian kumpulan Indonesia, Smash itu terselamat kerana didapati persamaan yang wujud tidak banyak.

Begitu pun peminat Waris masih boleh berbangga kerana sebuah lagi lagunya, ‘Rembau Most Wanted’ masih tercalon dalam AIM 20. – REM RAMZI

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com