[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Kapten Kelantan, Piya Terima Ugutan Bunuh


Ugutan Bunuh oleh Elman Ganu: Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (Piya) menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook..Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.

Laporan tersebut dibuat oleh Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.

Menurut Roslan, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.

“Sebagai penyokong dan peminat setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut.

“Laporan polis ini juga sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.

Kenyataan paling bodoh Elman Ganu: sanggup jadikan mak pelacur..Astaghfirullah..

Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”

Sebelum ini, akhbar tempatan pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.

Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search