[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

GENG 04 08 GENGSTER INDIA, SAMSENG CABAR POLIS

Blog Mohdrohaizad.com membawa anda ke dunia gengsterisme Hindu Malaysia, Geng 04 dan Geng 08, kumpulan samseng kaum India ini yang semakin berani mencabar kewibawaan PDRM secara terang-terangan! Saki-baki ahli group gangster India ini masih tidak takut dengan kematian beberapa ahli termasuk ketua geng 04, 08 yang maut ditembak polis kerana beberapa kes jenayah berat yang dilakukan oleh mereka. Gang 04 dengan bangga melakukan perarakan secara besar-besaran kononnya untuk menunjukkan kekuatan mereka dan tidak takut dengan polis yang merakam video perbuatan mereka, malah mengugut akan membalas dendam ke atas PDRM kerana membunuh ahli kumpulan samseng mereka. Anda pernah melihat semburan cat geng 04 dan 08 di tempat-tempat awam? Itu menunjukkan mereka mempunyai ahli geng dikawasan tersebut. Adakah anda berdiam diri begitu sahaja? Jika ada sebarang perlakuan, perbuatan oleh ahli geng ini, jangan simpan dan sila lapor kepada polis untuk mengambil tindakan dengan segera!
Logo+Geng+04+Gengster+India+Malaysia
Foto Logo Geng 04 Gengster India Malaysia
Geng 04 Ganggu Keselamatan Awam

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 samseng India supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan ketegangan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang awam.

"Polis memandang serius tindakan beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan berkenaan yang mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu.

"Polis mempunyai rakaman video dan sudah mengenal pasti kesemua ahli kumpulan yang terlibat.

"Kita menerima laporan kumpulan berkenaan mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun semasa perarakan membawa mayat rakan mereka itu petang semalam," katanya kepada media ketika membuat tinjauan Ops Cantas yang diadakan di sekitar negeri ini, hari ini.

Geng+04+Bangga+Papar+Lambang+Logo+Kumpulan+Samseng
Geng 04 Bangga Papar Lambang Logo Kumpulan Samseng
Nombor Logo Kumpulan Samseng Geng 04

Tambah beliau, kumpulan gengster 04 turut dilihat membawa pelbagai kain rentang yang tertera gambar si mati, nombor dan logo kumpulan mereka.

Katanya lagi, selain mengenali individu terlibat, polis juga mengenal pasti semua kenderaan yang digunakan semasa perarakan itu.

Tambah Abdul Rahim, kertas siasatan sudah dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966.

"Saya memberi amaran kepada semua tidak kira dari kumpulan mana sekalipun, jangan tunjuk kekuatan geng masing-masing.

"Polis akan ambil tindakan susulan selepas ini," katanya.

Wartawan difahamkan, ketika upacara perarakan mayat salah seorang lelaki yang ditembak mati itu petang semalam, berlaku kekecohan apabila rakan serta pengikut ahli kumpulan 04 dikatakan membakar mercun dan melontarnya ke arah sebuah balai polis.

Bukan itu sahaja, pelbagai kain rentang yang dibawa dan perarakan oleh penyokongnya menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya. - Sumber SinarHarian.

Polis+Pantau+Gengster+04+08+Sekatan+Jalan+Raya
Polis Pantau Gengster 04 08 Sekatan Jalan Raya
Polis Tembak Mati Ahli Geng 04

Polis menafikan dakwaan dilemparkan keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, dekat sini kelmarin bahawa anggotanya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi berkenaan. 

Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis." Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang,

“Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.

Perarakan+Kematian+Gengster+India+Cabar+Polis
Perarakan Kematian Gengster India Cabar Polis
Geng India 04 Maut Balas Tembakan

“Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak berkenaan (keluarga suspek),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013, di sini semalam. 

Awal pagi kelmarin, sekumpulan penjenayah berusia antara 20 hingga 30-an yang dipercayai anggota kongsi gelap maut selepas berbalas tembakan dengan polis yang menyerbu sebuah pangsapuri. Polis kemudian menemui tiga pucuk pistol bersama suspek yang dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Mengenai desakan keluarga suspek yang mahu melakukan bedah siasat kali kedua serta inkues kejadian berkenaan, Abdul Rahim berkata, polis mereka boleh membuat permohonan untuk tujuan berkenaan.

Beliau turut menafikan khabar angin bahawa saki baki anggota geng kongsi gelap itu cuba menyerang polis kerana marah dan ingin membalas dendam kematian rakan mereka, namun menegaskan polis tidak akan membiarkan begitu saja jika benar ada ancaman sedemikian.

IPD+Polis+Kuala+Langat+Dicat+Geng+04
Gambar IPD Polis Kuala Langat Dicat Geng 04
Saki Baki Geng Samseng India Cuba Serang Polis

Sementara itu di Banting, Selangor, dinding belakang bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat diconteng dengan semburan cat merah membentuk nombor '04', awal pagi semalam sebelum disedari orang ramai kira-kira jam 7 pagi dan dimaklumkan kepada kepada petugas IPD berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi, bagaimanapun menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kematian lima anggota kumpulan kongsi gelap yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, sebaliknya menyifatkan ia sekadar perbuatan vandalisme.

“Semburan cat nombor 04 juga kelihatan di beberapa kawasan lain di Kuala Langat seperti pekan Banting sebelum ini. Apa pun, kita sedang menyiasat dalangnya dan berharap orang ramai menyalurkan maklumat jika tahu mana-mana individu yang melakukan perbuatan berkenaan,” katanya. -Sumber Bharian.

Ahli Geng 08 Ditahan Polis Kerana Kes Samun, Tembak Polis

Polis Selangor memberkas tiga lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Padang Jawa, Klang selepas kejadian tembakan di Subang Perdana dan Lebuhraya Koridor Guthrie dekat Shah Alam, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta beberapa butir peluru hidup daripada mereka.

"Ketiga-tiga suspek adalah individu dikehendaki oleh IPD Klang Selatan dan seorang darinya mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 dan 27 tahun dan berasal dari Klang dan Shah Alam itu akan ditahan reman esok, katanya.

Menceritakan detik sehingga membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, Thaiveegan berkata sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di Subang Perdana kira-kira 2.30 pagi.

Geng+77+36+08+04+dan+108+Rekruit+Ahli+Samseng+Guna+Artis
Geng Double 7, 77, 36, 08, 04 dan 108 Rekruit Ahli Samseng Guna Artis
Kumpulan Geng 08 Lepaskan Tembakan Ke Arah Polis

Hasil maklumat awal, polis tidak menolak kemungkinan mereka ke situ untuk melakukan samun ke atas restoran berkenaan, katanya dan menurutnya suspek memecut laju kereta sambil melepaskan dua das tembakan ke arah kereta peronda polis selepas diarahkan keluar untuk pemeriksaan.

"Kereta peronda polis terus mengejar suspek dari Subang Perdana sehingga ke Lebuhraya Koridor Guthrie dan ketika itu juga, suspek melepaskan tembakan (ke arah kereta peronda) namun tidak mengena.

"Ekoran kejadian tembakan itu, kita terpaksa meminta bantuan dari pasukan peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

Thaiveegan berkata sebaik tiba di Seksyen 20, Shah Alam, suspek sekali lagi melepaskan dua lagi das tembakan ke arah polis sebelum memasuki kawasan Padang Jawa dan kemudiannya Taman Sentosa di Klang sebelum terbabas dan melanggar sebuah Toyota Hilux serta penghadang jalan.

"Kenderaan rosak dan tidak boleh bergerak menyebabkan ketiga-tiga suspek akhirnya keluar dari kereta dan melarikan diri.

"Namun, dengan bantuan polis dari IPD Klang, seorang daripada mereka dapat ditahan manakala suspek kedua yang menyembunyikan diri dalam longkang berhampiran diberkas sejam kemudian manakala suspek ketiga diberkas kira-kira 9.15 pagi ini dalam kawasan kebun kelapa sawit di kawasan sama," kata Thaiveegan.

Sementara itu, Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan lima lelaki ditembak mati oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata penahanan itu merupakan sebahagian daripada Ops Cantas yang dilaksanakan di negeri ini.

Ops Cantas Geng 04, 06, 08, 36 Kumpulan Samseng India

"Mereka dari kumpulan yang sama contohnya macam Geng 04 atau Geng 08. Di Perak ada (kumpulan itu) dan di sana pun ada, cuma kita tak boleh hendak pastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan perpisahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di sini hari ini sempena pertukarannya ke Selangor mulai bulan depan.

Katanya ketiga-tiga individu mengenali lima lelaki yang ditembak mati itu.

Mohd Shukri berkata polis turut mengenal pasti beberapa kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negeri ini.

"Saya tak boleh beritahu berapa (kumpulan). Ada geng 04,06,08,36 termasuk kumpulan lain," katanya.

Dalam kejadian di Sungai Nibong Isnin lepas, polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. - Sumber Bernama.

VIDEO GENG 08 GENGSTER AHLI SAMSENG INDIA HINDU


VIDEO GENG 04 KUMPULAN KONGSI GELAP HINDU INDIA

+Mohd Rohaizad memang melihat keberanian kumpulan samseng India geng 04 dan geng 08 secara terang-terangan mencabar polis dan ketenteram rakyat dengan melakukan pelbagai kegiatan jenayah dimana-mana sahaja di Malaysia kerana mempunyai banyak cawangan di setiap bandar. Bila pihak PDRM akan bertindak keras ke atas ahli kumpulan 04 dan 08 yang semakin hari semakin membesar kepala mengugut dan melakukan pelbagai kerosakan harta benda awam (vandalisme) secara berleluasa? Sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab menghapuskan saki-baki anggota samseng kongsi gelap Hindu ini, tidak guna jika disimpan lama-lama jika jenayah sahaja yang menjadi kerja utama mereka. Berapa ramai lagi yang hendak menjadi mangsa baru polis akan bertindak secara besar-besaran? Kegiatan gengsterisme ini dah lama berakar dari dalam sekolah sehinggalah mereka dewasa. #Gengsterisme #Geng04 #Geng08
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search