░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/23/13

Cuti Berakhir Tragedi Buat Sepasang Kekasih

pasangan kekasih, berita, kuala lumpur, nahas bas
Chin Yii bersama teman lelakinya, Chin Shin yang turut maut dalam nahas bas, kelmarin


KUALA LUMPUR -  “Saya tak sangka akan kehilangan adik saya dalam sekelip mata,” kata Yun Bao Ing, 28, kakak ipar kepada Kwan Chin Yii, 22, yang terkorban dalam nahas bas henti-henti yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Genting Highlands, kelmarin.

Beliau berkata, adiknya merupakan penuntut jurusan Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kini sedang bercuti semester.

Menurutnya, sebelum kejadian, adiknya pergi ke pusat peranginan terkenal itu untuk menemui teman lelakinya, Sia Chin Shin, 22, yang turut maut dalam kejadian.
Katanya, teman lelaki adiknya bekerja sambilan di sana bagi menghabiskan cuti semester.

Beliau berkata, selepas bertemu Chin Yii, lelaki itu menemani adik saya untuk pulang.

“Tapi saya tak sangka mereka menaiki bas tersebut. Lebih mengejutkan, kedua-duanya maut dalam keadaan yang sangat tragis,” katanya menahan sebak.

Bao Ing berkata, adik iparnya seorang yang baik dan kehilangannya sangat dirasai.

Difahamkan kedua-dua mangsa adalah penuntut tahun ketiga di UPM dan berkenalan di sana.

Sehingga setakat jam 12 tengah hari semalam, keluarga Chin Yii difahamkan masih belum tiba dari Segamat, Johor untuk proses pengecaman.

Sumber : Sinar Harian
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com